Masa

Open House

Hari ni 10.10.2009. Perut kenyang!! apa tak nya berapa rumah pi open house. macam macam gak la aku makan..tapi nak kata banyak sangat tu tak la. sikit-sikit..lama-lama kan jadi bukit. hehe

Mula-mula g kenduri. tepat 12.30 perut dah menjamah nasi beriani. sedap gak lauk dier. tak silap dari catering puteri.com. Pandai kak jue pilih catering na.... menyelerakan. Waktu ni jumpa ramai gak XOpismate kat KDN dulu...mula-mula jumpa syidah, then kak nor(now di PDRM), kak sue, kak linda..( comey nya baby girl dia...) pastu puan izyanie, seterusnya pn rosidah...sempat la bual-bual perkembangan TERKINI..heheheh

** Buat Md Nor ..selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat!!! **

~Cenderahati dr Pengantin~

perut dah kenyang nak gerak dah..bila nak kuar nampak wahab n famili sampai tapi x sempat nak tegur..agak jauh skit. last sekali..kan pintu dewan ade seseorang tegur. rupanya en. shukri..my xboss lama waktu kat kdn.. dia masih macam tu lagi..maintain handsome n smart.

kemudian..dengan perut yang kenyang terus bergerak ke bukit mahkota. g umah my old friend., sis diana. wah rumah baru....kira buat open house utk raya sekali dengan housewarming... memang cantik umah tu. luas n besar beb!!. sini aku jamah laksa johor n laksam serta 3 cucuk sate ayam dan berapa gelas tah air...jap tebu jap sirap. heheh.. yang best tu siap jelajah rumah tu. kekek
~Depan umah Sis Diana kat Bukit Mahkota, sempat post tuhh~


~Kak Sue, Aku, Sis Diana & Kak Nor~

~Tasya & Eaja~

then lepas je memenuhkan perutku di sana, terus g umah sepupu husband di pandan indah. yang ni malas ni nak citer. apa taknya, jalan jem bagai nak rak.. mmg penat..penat nengok banyak keter sangat.. alhamdulillah tepay kul 5 kami sampai. kat situ aku dah x leh nak makan dah.,.hubby aku leh lagi siap abih semangkuk mee kari. heheh..aku cuma rasa nasi impit 2 ketul( cam tak cayer lak aku makan skit) hahahah..

Ingat leh la terus g taman sri gombak umah pakcik aku. tapi memandangkan jalan yang teramat terus kesesakannya.. terus g pantai dalam. umah Kak gayah..Kak gayah ni sebenarnya aku kenai dulu sebab dulu aku sewa sebelah umah dia waktu muda mudi dholu-dholu..hehehand in the same time dia merangkap aku punya tailor & fesyen designer. heheh sana ade mee rebus n bihun goreng. makan la jugak walau pun perut dah kata Tidakkkkkkkk!!!!...

Jam dah hampir 7 malam..dah nak maghrib...ada 1 rumah lagi nak kena pegi.. umah sepupu husband..open house gak kat seksyen 7 shah alam. tapi husband aku dah malas dan + dengan kekenyangan tahap gaban..soa kami decide next time la gi sana. Kak girah next kami pi na..

sampai umah dah kul 8.30 mlm.penatnyaa..
so...mandi manda n semayang..ready untuk menonton movie pilihan kami berdua..True Blood

Suka suka

Tadi petang kelas english dok la prepare slide for next week presentation.
Aduh.. in English lak tuh. semalam dah lepas dah satu presentation. tinggal yang ni je.
dah nama pun subjek english mesti la present dalam english kan?. takkan nak in malay lak..apa la aku ni.

Aku akan present tajuk berkenaan entertainment.... nak tahu sapa yang aku pilih? hahah.. aku choose AZNIL ..atau lebih dikenali as ~Pak Nil~.. tadi sempat la my lecturer round2 tengak preparation kami semua... then sampai kat kami...menarik...kalau aznil betul2 datang lagi happening..hehe... aznil nak ke datang kalau aku invite? gila la sapa la aku ni...?

video

ni gambar masa sesi kelas dah abis...kebetulan aku bergambar dengan partner presentation aku, Helen. yang lelain amik kesempatan la..hahaha

Aku & Helen

Tirah, Zie, Ida & Senin

Aniey & Thirah

Sya & Am

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya!!!
sebulan berpuasa..kini tiba hari raya..

Tahun ni aku raya kat kampung suami aku...Batu Pahat.
Dah giliran raya sana. Tahun ni aku balik kampung awal skit. Kebetulan tahun ni tak yah minta cuti. suka la dalam hati.

Kat kampung seminggu sampai hari raya 4. Then balik Putrajaya prepare for 2nd test.
Lepas test baru plan nak balik Penang. Mak..tahun ni lambat balik mak... tak pa Raya Haji nanti kami raya sana...

Pagi Raya ( yang tak de Ateh (Dr Suriyanti)..kali ni turn dier raya di Perak & anak buah chiah di Mesir)..

In this photo: Suriani Jamil, My Hubby, Dr Suhana ( Cik Ana) , Amira Aisyah, Dr Sutina (Kak Long), Mak, Amira Khairiyah, Nur Kamila, Abg Jamil (Husband Kak Long), Abg Ngah (CC Romzi), Amirul Hakim, Kak Zai (Wife Abg Ngah)

Menu Berbuka

semalam aku semangat skit masak.... banyak lak tuh menu. ye la kalau hari biasa asyik beli jer. sesekali nak gak masak. husband aku pun dah boring makan beli jer. tapi nak masak apa? hmm buka peti sejuk ade ikan, ketam, udang, ayam, pisang dah masak, sayur perlbagai sayur..ish.....masak ape erk..

dan akhirnya, keputusan telah ditentukan. menu masakan berbuka pada petang 31 Ogos 2009 adalah :

  • Ketam
  • Ikan
  • Sayur campoq
  • Pisang
  • Air honey dew - blend sendiri tuhhh

menu atas ni husband aku la masak... nama menu aku buh talang goreng berempah capsicum la. hehahahh.

Kad Matrik


hari dimaklumkan boleh collect kad martik. teruja ni. maklumla selama ni dok pakai kad sementara yang dah kemek benget ni...... so tahap keterujaan tuh tinggi skit la. ehhehehe

bila gi collect suspen je...ramai yang nunggu. yang besnya aku g selamber je ke depan, tup tup abang tu tanya berapa no matrik? selamber je aku jawab 152881..terus je dia bagi. hahaha.. buat kengkawan mahap no aku potong queue!!

Mereka ini lahir di bawah lambang
Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


Coklat RAYA untuk Tersayang??


Adakah anda tercari-cari kad ucapan raya atau apa sahaja untuk yang tersayang sempena aidilfitri??
Apa kata mencuba coklat raya??? cantik.nice...dan menarik....nak tahu detail...? apa kata klik sini
http://viptrading.blogspot.com - my bes fren blog...

ADaB BeRPuaSa

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin.

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.